Sunday 31 July 2011

Lelaki yang ......

♥ Lelaki yg Baik -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA
Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berBaju Melayu dan menuju ke masjid ♥
♥ Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah
Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari♥
♥ Lelaki yg Charming -->Lelaki yg mengingatkan si dia tentang IBADAT

Itulah leLaki yg menjadi igauan dan diimpikan wanita !!!~

Khairul Fahmi putus tunang??!

Assalamualaikum semua…
Hah! Pagi ni agak kecoh dengan berita mengenai hubungan hero Harimau Malaya, siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan tunangnya, Aimie Harmelia atau lebih dikenali di kalangan blogger sebagai Elia Jejari Runcing

[frontpage%255B3%255D.jpg]
siap keluar frontpage lagii! Kenapa ni haduyaii…


Mula-mula memang dah kecoh pasal keretakan hubungan dorang. Khairul Fahmi dikatakan ada skandal. Huuuu ternyata ia tidak benar setelah Khairul Fahmi tampil beri keterangan kepada pihak Harian Metro.

Kat blog Jejari Runcing pun ada puisi bertajuk "Doaku Buat Kekasih", rasanya puisi tu merujuk kepada keretakkan yang dihadapi oleh pasangan ni. Lepas tu dok kecoh gambar Khairul Fahmi dengan perempuan lain lah, pasal status Elia di facebook lah.....macam-macam laa

Diharap kedua-dua Khairul Fahmi Che Mat dan Elia Jejari Runcing bersabar hadapi dugaan ye… Moga dikuatkan jodoh antara kalian. Tapi kalau ini kesudahannya, sama-samalah berdoa kepada Allah supaya ada yang terbaik untuk kita semua.. Amin.....

Saturday 30 July 2011

Ucapan Ramadhan ku

UCAPAN RAMADHAN :

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh baraqah ini. Semoga segala amalan kita pada bulan ini akan diterima ALLAH S.W.T. Kalau aku ade salah dan silap kepada korang harap dapat dimaafkan kerana kesilapan itu mungkin aku tidak sedari. Banyakkan berdoa dan beribadah, elakkan memfitnah dan bergaduh sesama sendiri. Akhir sekali jangan lupe solat terawih ye (^_^)
 
... ada macam Datuk Najib tak?!, hehe

Kaset "10 di skala richter"

WOW,..... ganaz nyer , sampai 10 di skala ritcher ...... hehe, korang tau apa ke benda nya ni?!...HHAA ni sebenarnya tajuk untuk album KRU,
Bukan gempa bumi yer......!!!

Ni sebenarnya tadi aku dengan family pergi jalan-jalan beli baju raya, nak siap awal-awal laa takut last minute nanti tak sempat pulak..!! Masa kat kedai baju tadi, aku dengan abah aku tunggu laa kat luar sementara mak aku and adik-beradik yang lain belek laa baju tu. Then aku ajak laa abah aku masuk kedai DVD kat sebelah kedai kain tuu. Abah aku sangkut laptop kat depan pintu, aduihh,.... aku pun meneroka lah kedai tu mane tau ada jumpa album KRU....hehe. Puas aku cari pastu jumpalah kaset untuk album "10 di skala richter", huh...

Kaset pun kaset laa............. tak puas hati betul aku, yelakan lagu artis lain albumnye belambak kat situ, kalau KRU,..... satu je aku jumpa, tu pun dalam bentuk KASET...!!!, hrmm boleh laa aku beli dengan bajet RM5,
(murah siot).... Okey kalau nak tau cover album dia macam ni -->;
http://4.bp.blogspot.com/_D5zMmn9GzaA/SFhnU2zSc2I/AAAAAAAAALU/PuhHwFmjwNU/s320/10+di+skala+richter.jpg

Tak Sihat laa

huish,?!!...... lama aku tak post apa-apa, yelakan sejak dua menjak ni duk sibuk memanjang jerr. Sebab tu laa blog ni dah macam berkarat jer. Lagi pun aku rasa asyik pening semacam pastu mata ni dah naik merah dah ni ,.... berurat sana-sini pulak tu,
mesti kes rajin sangat belajar (ecehh nmpok benor nipunyer). Aku tak ada apa-apa nak citer, nanti aku sihat aku akan sambung buat entry macam biasa ea?!....Bye, ku nak guling-guling 360 darjah jap

Monday 18 July 2011

Manusia ni kan......

Manusia ni kan,
bila nak sedekah kat masjid RM10 pun...
terasa berat hati,
tapii...
sanggup beratur panjang dari pagi ke malam,
nak beli tiket konsert akedemi fantasia yg harganya lebih kurang RM30...!!!

Manusia ni kan,
sanggup berjaga malam-malam nak tengok bola,
MU lawan Liverpool,
Tapi......
tak sanggup berjaga malam untuk sembahyang sunat atau qiammulai...!!!

Manusia ni kan (terutama remaja perempuan)
Sanggup menyerahkan diri tanpa segan silu ,
kepada orang lain.
Tapi...
tak sanggup menyerah diri,...
kepada ALLAH Taala...!!!

Manusia ni kan,
sanggup meluangkan masa untuk kekasih yang dicintai....
walaupun lebih 5 jam lamanya,
Tapi....
tak sanggup meluangkan masa pergi ke majlis2 agama untuk mendengar ceramah.

Hmm....ni lah...orang kata manusia zaman sekarang, kalau bab-bab AGAMA semuanya buat-buat lupa dan endah tak endah, padahal korang pun tahu azab seksanya NERAKA,.....entahlah, aku buat ni untuk mengingatkan korang yang bergelar MANUSIA ni .....termasuklah aku.

Thursday 14 July 2011

Tawaran Hebat 999

Dail 999 dan sebut "polis b0d0h" sekarang!! jangan risau, pasti anda akan di hantar ke sebuah hotel yang berpintu besi hampir berkarat.... PERCUMA!! mula-mula anda akan dapat sepasang gelang perak percuma then anda akan menaiki kereta waja putih diikuti oleh 2 pengiring yang lengkap dengan seragam. Di sana, anda akan mendapat baju T dan seluar PERCUMA!! Anda juga akan duduk di sebuah bilik yang mempunyai katil yang selesa diperbuat dripada simen TULEN!!! disana juga anda mendapat makanan free dan kawan2 yang baik budi pekerti.....
Jadi APA TUNGGU LAGI??? DAILLAH SEKARANG!!!!
erk,....korang jgn ckap aku suruh nnti aku kene TOP WANTED

Amaran Untuk Lelaki

~ Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di “booking” atau di “cancel” sesuka hati, jika tahu tidak mampu maka usahlah gatal menjalin hubungan CINTA atau memberi harapan yang dusta . Itu adalah sebuah dosa yang mencemarkan kesucian wanita.

Tindakan mendekati seseorang gadis, adalah HALAL dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk BERNIKAH , bersedia dan mampu. Jika tidak, pendamkan saja hasratmu dan terimalah TAKDIRMU !

Thursday 7 July 2011

Adik-Beradik Syazwan

Warghh....tetiba je ada nama aku kat atas, hehe. Hari ni nak kongsi pasal adik beradik aku dalam keluarga ni. Pasal "nama panggilan" dalam adik beradik,...yelakan biasanya ada yang panggil along ke angah ke....dan macam2 lagi. Ok, kitorang semua sekali termasuk aku ada lima orang bersaudara (dah mcm Hang Tuah la pulak)

Ok....aku start!!!....mula-mula yang kecik sekali umur baru 6 bulan.....baru lahir januari tahun ni. Nama dia Nor Qistina Azwin. Kitorang panggil dia...."Adik Baby"....aik ?!,asal ada "baby"...hehe, nanti aku citer.

Pastu yang keempat, umur empat thn, namanya Nurul Qamarina.  Panggil dia "Adik"....haa, sebab tu lah yang tadi dipanggil "Adik Baby". Dah nama "Adik" kakak dia ambik....tambah la "Baby" kat belakang.
Ermmm, nanti kalau Qistina dah besar takkan nak panggil baby lagi kot.....ni tengah fikir ni.

Adik ketiga .....Mohd Syafiq Izzudin....adik lelaki bongsu aku, dia ok je panggil "Abang Ngah", anak tengah katakan .

Adik kedua.....namanya.....zzzz*___45%, *transmission interrupted*....tak boleh bagitau, huahahahaaa, dia perempuan,....lawa sangat, ramai orang nak ngorat.....alaa tengok siapa abang dia!!!. Tapi aku panggil dia "Ya".......pendek giler walhal nama dia yang paling panjang sekali.

Dannnn.....abang sulung, takkan tak tau nama aku!!!.....haaa nak tau adik-adik aku panggil aku apa?!
HHAAA......semuanya panggil aku "Aban".....hah?!...mana hilang huruf "g" ?!, ish entahlah....ni semua kes adik kedua aku tulah yang panggil aku macam tu...pastu lekat sampai sekarang. Tak lama lagi yang kecik tu pulak sambung.....hahahahaa

Orait...that iz my pamely....aku Aban, dah mcm tak betul arr
Dah lah....bye, assalamualaikum

Monday 4 July 2011

Dia....perindu dari jauh

 Meyh...kite jiwang sikit dulu....kisah cinta pandang pertama
....aku amik kat youtube.........wahhh nmpk benor nipunyer
 
*sy hnya sorang gadis...yg merindui "DIA"*
sy tgk senyuman dia
manis sgt2.........
pastu tros jtuh cnte pndang pertame...
stiap kli tgk die...sy akan jdi gile!!!!!!!!
walaupun pade org len die tu x hnsem,,tinggi mcm galah,,,gelap..
tp pde saye tu mmg hnsem!!!!!!!!!!!!!
 
subhanallah...
 
pastu,,,,sy pun curi2 la tgk dia
setiap hari...
tiap2 hari sy tunggu dia..
tp dia x pernah perasan akan sy...
sy tgk dia dri jauhhh....
 
Ntah jejaka tu prasan ke tak "kewujudan" si perindu ni...kesian dier
 ok....utk hari ini!!! Bye

"Salah Siapa"~lirik

 choopp...jap, mula-mula cari lagu dulu...dengar lagu dia



Senja menjelma tiba
Bermulalah lagi sandiwara
....tak mengenal dosa....
Gadis awal belasan
Mesranya di dalam dakapan
Tahukah kau namanya?

Kejar kebebasan mahu kepuasan
....perlaku terhina.....
Tidakkah kau terasa gentar dengan pembalasan Tuhan

(korus)~
Salah siapa sering di tanya
Salah mereka atau kau saja?
Salah siapa apa terjadi
Kau penentunya jalan hidup sendiri

Merenung kembali onak kehidupan ini
Tak siapa bisa lari dari masalah diri
Dunia realiti
Bagi mereka yang terleka pastinya akan terjerat
Dan pastinya akan tersekat
Bolehkah kau sedar apabila kukata
Yang bagimu bagaikan perkara biasa
Bertemankan dosa
Jadi janganlah kau kata itu salah mereka

Senario kehidupan pohon neon merah menyinarkan
...kesesatan insan....
Walau berkali di tegur
Walau berkali kau di hina
...Alasan kau telah dewasa

Manakah hilangnya... maruah bangsa?
Pegangan agama?
Sedarlah kau sahaja penjaga prinsip dan maruah diri

(ulang korus)~

Lihatlah lihatlah apa yang ada di tanganmu
Kenapa kau pula semua temanmu kini membisu?
Dulu bersama walaupun di mana saja
Kini kau berbadan dua ayahnya entah siapa
Katakan ke manakan kau lari?
Manakan kau cari harga diri yang tinggal hanya secebis mimpi
Sekarang siapa rugi?
Adakah mereka ataupun diri sendiri?

Kejar kebebasan mahu kepuasan
Segan sudah tiada... hidup bagai tak bererti

(ulang lirik)~

tengok,.... lirik yang bagus!! bukan rapping kosong!! Remaja kita sekarang patut dengar lagu-lagu macam ni... bukannya K-Pop yang aku sendiri tak paham baris lirik ataupun Lady Gaga,Ke$ha,Justin Bieber...etc

Lagu ni dicipta KRU hampir 15 tahun dulu,. Kita sekarang masih ada masalah sama yang tak terbendung, buang suka suki sana sini, tanam pulak sana sini, haih,.... SALAH SIAPA??

Album-album KRU

http://multiply.com/mu/smile6670/image/2/photos/2135/1200x1200/1/kru-001.jpg?et=e6iJjiv2dvQR3%2BQHi%2CYRjQ&nmid=410947288



HHAAA...saje upload gambar ni . Aku ni kan memang fanatik dengan KRU... so kat sini saje lah tunjuk koleksi album-album KRU yang aku ada kat rumah dari first album sampai album terbaru.

Kat bawah ni adalah senarai nama-nama album KRU:~
  • Canggih (1992)
  • reKRUed (1993)
  • Awas (1994)
  • Awas da' Soundtrack (1995)
  • Ooh La La (1996)
  • KRUmania (1997)
  • The Way We Jam (1998)
  • Formula Luarbiasa (1999)
  • Tyco (2000)
  • KRUjaan (2000)
  • KRUnology (2001)
  • empayar KRUjaan 2.0 (2002)
  • Yusry (2003)
  • Relax (2004)
  • KRUnisme (2005)
  • 10 di skala ritcher (2006)
  • KRU Keunggulan (2009)
  • KRU Ultimatum (2010)
tuu...diaaa.... dari 1992 lagi tu...
banyak ek....tapi rasenyer satu pun korang tak pernah dengar!!
Yelaa kan...skarang KRU pun dah tua ...budak skarang mane minat

Friday 1 July 2011

Satu Murid Satu Sukan-part 2

hai, Assalamualaikum...ok, smalam entry pendek...hari ni panjang sikit
Mula-mula bangun pagi...pastu mandi...pastu lupa gosok gigi....pastu....eh, mengarut apa ni...>> fast forward >>

*Di Perhimpunan*~
HHAAA...aku sampai je sekolah terus beratur (rasenyer bukan "beratur") ...ahh lupakan tu, tapi...tapikan,... kenapa cikgu tak buat warming up ek?! ...naik musykil aku, sedar-sedar je terus cikgu suruh lari.....

*Ketika Larian*~
ish3x, bukannya "larian" tapi "berjalan".... Korang nak tau,...aku lari jalan sorang-sorang je...si Faizon pulak hilang entah ke mana. Tappiiii....masa aku tengah berlari tu memang aku tak henti-henti gelak lah....apsal,?!...hehe, bukannya apa...cuma aku asyik terdengar je kalau budak-budak lelaki ni borak . Nak tahu borak pasal apa.....huh pantang je lalu orang perempuan, mulalah diorang "membahas" tentang 'anatomi' (cari dalam kamus ye) ...dah macam dalam "parlimen" tau. Tapi memang lawak,..ayat nakal giler. Hurmmm... alhamdulillah sebab tak ada yang cedera ke, accident ke, bergaduh ke, kena rasuk hantu ke....dan ia berakhir dengan 'keboringan'.
Betul aku cakap....lari sorang-sorang memang boringgg

*Kat Sekolah*~
Sampai je sekolah....aku dah macam orang gilaaa....sebab tak tahu nak berehat kat mana!!! Sesak betul sekolah aku weihh. Tapi yang peliknya...ramai pulak orang perempuan....budak lelaki pun kejap nampak kejap tak . Masa balik pulak aku beli "ice blended"...fuhhh, first time beli ni!!! ...urmm...kpd Kak Raja...ice tu best gak...walaupun tak brape sedap tapi habisss jugak tau

Ehhh...chopp...kejap...jap...nanti dulu,..... apa pulak kena mengena ice blend dengan larian ni??!!...eh entry ni dah habis laa!!! aduyai..........oklah, Bye

Satu Murid Satu Sukan-part 1

entry ni pendek je.... cuma nak cakap ;-> woiii lariii!!!!... jangan berlenggang!
aiii...jangan nangis lak, ....esok bertarikh....2/7/11...semua pelajar dari seluruh pelusuk dunia (Malaysia laa) akan berlari untuk mencipta Malaysian Book of Record sebagai "larian besar-besaran oleh pelajar"

OK...kwan-kawan aku semua....dah ready cipta 'sejarah'?!
....anddd.....haaabbbiiisss. Esok, lepas lari aku buat "part 2" tentang larian tuu...ok tak?!