Monday, 18 July 2011

Manusia ni kan......

Manusia ni kan,
bila nak sedekah kat masjid RM10 pun...
terasa berat hati,
tapii...
sanggup beratur panjang dari pagi ke malam,
nak beli tiket konsert akedemi fantasia yg harganya lebih kurang RM30...!!!

Manusia ni kan,
sanggup berjaga malam-malam nak tengok bola,
MU lawan Liverpool,
Tapi......
tak sanggup berjaga malam untuk sembahyang sunat atau qiammulai...!!!

Manusia ni kan (terutama remaja perempuan)
Sanggup menyerahkan diri tanpa segan silu ,
kepada orang lain.
Tapi...
tak sanggup menyerah diri,...
kepada ALLAH Taala...!!!

Manusia ni kan,
sanggup meluangkan masa untuk kekasih yang dicintai....
walaupun lebih 5 jam lamanya,
Tapi....
tak sanggup meluangkan masa pergi ke majlis2 agama untuk mendengar ceramah.

Hmm....ni lah...orang kata manusia zaman sekarang, kalau bab-bab AGAMA semuanya buat-buat lupa dan endah tak endah, padahal korang pun tahu azab seksanya NERAKA,.....entahlah, aku buat ni untuk mengingatkan korang yang bergelar MANUSIA ni .....termasuklah aku.

1 comment:

  1. nak masuk syurga semua perkara yang kena buat percuma
    nak masuk neraka semua perkara yang kena buat berbayar
    tetapi ramai sanggup pilih yang berbayar berbanding yang percuma

    ReplyDelete