Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Jom countdown sekali ngan aku....

10 

9

8

7

6

5

4

3

2

1


SELAMAT DATANG 2012......!!!!

Okey.... sekarang aku dah melangkah ke tahun 2012 dan tahun PMR .
Moga 2012 mencipta sejarah baru bagiku dan 2011 sebagai memori terindah !!!!!!!!!

Friday 30 December 2011

Kenangan 2011

Aku tak nak cerita panjang pasal ni sebab........... waa!! sedih sial
Banyaklah perkara yang jadi pada tahun 2011 ni , antaranya -->

Tahun ni aku belajar guna internet
Tahun ni aku belajar cakap loghat Terengganu
Tahun ni aku baru buat akaun Facebook
Tahun ni aku dah pandai main mesej (ehem2)
Tahun ni aku alim sikit (tahun depan nak alim banyak woo)

Okey2 dah..... nampaknya 2011 pun akan mengikut jejak 2010 , 2009 , 2008 , 2000 , 1997 , 1957................. T_T
Ayuh, kita sudahi 2011 dengan alhamdulillah dan mulakan 2012 dengan bismillah........

Wednesday 28 December 2011

Lawak Sebelum Tahun Baru

PERINGATAN!

Jangan masuk toilet pada jam 23:59pm 31/12/2011 , kerana anda akan keluar dari toilet pada tahun hadapan !!!...... HAHA  :)

Saturday 24 December 2011

Pesakit Tanya Pasal Solat

Pesakit : Ustaz, saya tak boleh kena air..... 
Ustaz : ....TAYAMUM!!!   

Pesakit : Ustaz, saya tak boleh berdiri..... 
Ustaz : .... DUDUK!!!

Pesakit : Ustaz, kaki saya tak boleh lipat..... 
Ustaz : .... Duduk atas kerusi!!!

Pesakit : Ustaz, tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul..... 
Ustaz : .... BARING dan gunakan mulut!!

Pesakit : Ustaz, saya tak boleh gerakkan mulut.... 
Ustaz : .... Solat dengan ISYARAT MATA!!! 
Pesakit : Guna mata pun tak boleh ustaz.... 
Ustaz : .... Solat guna HATI!!!
Pesakit : Kalau masih tak boleh guna hati.... 
Ustaz : .... BUNGKUS bawa ke KUBUR...... :P

Tuesday 20 December 2011

Cantik Bertudung tapi Hampeh

Bertudung dan cantik,tapi bahasa hancur
Bertudung dan cantik , tapi bahasa hancur


Dah banyak kita jumpa wanita-wanita macam ni sekarang .
Bila masa cakap telefon, fuhh bahasa mengalahkan lelaki...
Aku tahulah bukan semua, tapi itulah........
................................................................................................................................
Jadi pakwe-pakwe di luar sana sila periksa style awek korang bercakap kat belakang. Depan memang ayu habislah kan, tapi kat belakang...........=='

Sunday 18 December 2011

Jangan Gurau ngan Gangster

Ada seorang budak lelaki menelefon geng dia kerana di pukul geng lain.

Budak kena pukul : Bro gua kena belasah, to.. to..long! gua.. ada dekat area Bangsar. Tolong gua..!!

Geng dia siap bawak kayu besbol ngan rantai besi dan senjata yang sebagainya, tapi bila sampai kat tempat budak lelaki yang kena pukul tu, dia kata takde apa-apa pun jadi, abang long geng bertanya pada dia apa sebenarnya yang berlaku.

Abang Long : Apa yang jadi, kau tak apa-apa ke??

Budak yang konon kena pukul tu gelak-gelak then jawab.

Budak kena pukul : APRIL FOOL!! MANA ADA ORANG KENA PUKUL, KORANG TERKENA HAHAHAHA!!!

Lepas tu dia pulak yang kena belasah dengan geng sendiri sampai masuk ICU.

Monday 12 December 2011

Doa Putus Cinta

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih ialah  .........

~> Letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian bacalah ayat:



(surah Ar-Ra’d ayat 39)
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ‘Ibu segala suratan’.”

~> Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan anda kemudian buat isyarat membuang.

Putus cinta itu pedih, namun Cinta Ilahi takkan terputus!!!
Moga kita semua terhindar dari godaan syaitan yang sememangnya mahu menjauhkan kita dari Allah Yang Maha Penyayang.. Amin......

Wednesday 7 December 2011

Cinta Muka Buku versi Islamik

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...oouhh.. .FITNAH dunia atasku

... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..

banyak persoalan yg berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..

Kenangan bersama Izzudin

Hahahaha..... . Sejak-duamenjak ni aku duk teringatkan bestfriend aku mase darjah 6 dulu kat SK Desa Pahlawan . Izzudin takde FB apatah lagi gambar , search muke jambu dia takde pun kat nternet. Kenangan yang paling best masa lepas UPSR.

Kitorang VS Samseng
   Adelaa dua tiga budak tu dengki ngan aku , tak tau laa dari awal aku masuk sekolah ni sampai naik tingkatan1, ada jee nak cari pasal ngan aku . Si Izzudin ni pulak pantang orang tengking sikit mula dia melenting , hari tu sampai bertumbuk-tumbuk..... haish aku jugak heret dia balik. Lagi satu, kitorang memang tak puas hati dengan cikgu kelas , kitorang cakap kat cikgu pasal masalah samseng ni dia boleh buat tak tahu jee.... Grrr, kitorang apa lagi , Sabor Je Lah :"(

Kitorang Gaduh
  Hahaha..... bestfriend tak nak gaduh-aduh ok!!! Kitorang bukan gaduh yee, saje hari tu lepas UPSR kitorang main lawan-lawan ala-ala Street Fighter . (AMARAN, jgn tiru aksi merbahaya di bawah)

Stage 1 ---> Lawan kat tangga , Izzudin menang ....
Stage 2 ---> Lawan kat tandas , ni time Izzudin kalah..... dia duduk dalam satu bilik air, pastu aku pulak masa tu macam naik gila duk terajang bilik air tu sebab dia kunci . Terajang punya terajang tiba-tiba ....... BAAAMMMMM .........KUAAAKKK ...... Woiiiiiiii!!!!!! sekali tercabut terus engsel pintu, woahhh... gila la . Kitorang gabra la masa tu ,...... apa lagi, cabut laa. .

Hish...... zaman budak-budak , memang kenangan gila. Izzudin pun sekarang dah senyap je

Thursday 3 November 2011

Aku Bantah Seksualiti Merdeka 2011

Diadakan di The Annexe Gallery Pasar Seni kat KL bermula 1 hingga 13 November depan.

Aku tak paham.... sumpah aku cakap , apa kes si Ambiga ni nak buat kempen pasal menyayangi manusia yang nafsunya kaum sejenis macam .. gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya?!

Datuk Ambiga cakap setiap rakyat Malaysia ni ada hak-nya sendiri , ataupun "Hak Asasi Manusia". Yelaa, kitorang semua paham.... tapi, ada batasnya . Ni aku nak cakap, kalau hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, mungkinkah lepas ni akan timbul pulak hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi?

Lagi satu , bukan setakat agama Islam je yang bantah, semua agama yang ada kat Malaysia pun bantah ! Ustazah aku cakap , tak ada agama pun yang meghalalkan perhubungan kaum sejenis!!!
Datuk Nik Aziz cakap " setiap akal waras manusia pastinya akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat."... Sesiapa yang sokong program ni aku nasihatkan baliklah ke pangkal jalan sebelum terlambat.
"Kalau sesat di Kuantan boleh cari jalan pulang, kalau sesat akidah macam mana?!!"

Haishh..... entahlaa, susah nak cakap kalau politik jadi agama , agama dijadikan politik . Datuk Ambiga ni lagi satu, entah-entah dia ni pun jenis homoseks jugak kot, hehe :P anyway Ambiga dah 2 kali malukan Malaysia

Thursday 6 October 2011

Petua Rawat Hati

Nahhh ubat hati!! INGAT!! Hari-hari kena "MAKAN".... :)

Wednesday 5 October 2011

Kesabaran & Fokus

 Hari ni kita belajar cara-cara nak masuk ke "Avatar State"
(berdasarkan siri kartun Avatar)..... aku nak korang cari nilai yang berguna dalam video ni.....


Sunday 18 September 2011

Senyum Itu Sedekah

Alkisah seorang budak ....


Dia selalu tersenyum  dekat tabung masjid. Perilaku itu dilihat oleh imam, dan imam itu berasa hairan dan curiga .


Suatu hari imam bertanya kepada budak tersebut, "nape kamu senyum kat tabung tu?"


Budak tu pun menjawab, "Cikgu saya pesan, senyum itu satu sedekah...saya tak ada duit nak sedekah, jadi 
senyum jelah dekat tabung tu . Sedekah jugak...!!^_^ 
 ~> *senyum itu sedekah

Sunday 4 September 2011

Si Gembala Lembu


"LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP"
*Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya
...................................................

LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

*tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ????????????
p/s: renung-renungkan lah sahabatku, (terutamanya pengembala lembu)

Thursday 25 August 2011

Adab Mendengar Azan



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan "sakaratul maut".

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika
maut menghampirinya.."sekiranya korang tak perasan cuba korang tengok orang2 yang tengah main bola atau game.. diaorang akan berhenti seketika ketika azan untuk menghormati azan tersebut..Conclusion-nya, kepada yang suka berborak atau tak reti-reti nak diam time azan tuu... same2 la kita mendiamkan diri kita..
*alaa tak sampai 5 minit pon :)

sumber : drpd papan buletin surau .....

Blog dah berkarat

Yo....salam sejahterah, warghh dah berkarat daa blog ni . Lama tak update, hehe bukan pasai pa pun.... choma cek rasa penat sikit bulan-bulan poasa ni (ni loghat kedah)....hehe, okeylah nanti aku sambung buat entry lagi. Bye, selamat berpuasa.....

Sunday 31 July 2011

Lelaki yang ......

♥ Lelaki yg Baik -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA
Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berBaju Melayu dan menuju ke masjid ♥
♥ Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah
Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari♥
♥ Lelaki yg Charming -->Lelaki yg mengingatkan si dia tentang IBADAT

Itulah leLaki yg menjadi igauan dan diimpikan wanita !!!~

Khairul Fahmi putus tunang??!

Assalamualaikum semua…
Hah! Pagi ni agak kecoh dengan berita mengenai hubungan hero Harimau Malaya, siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan tunangnya, Aimie Harmelia atau lebih dikenali di kalangan blogger sebagai Elia Jejari Runcing

[frontpage%255B3%255D.jpg]
siap keluar frontpage lagii! Kenapa ni haduyaii…


Mula-mula memang dah kecoh pasal keretakan hubungan dorang. Khairul Fahmi dikatakan ada skandal. Huuuu ternyata ia tidak benar setelah Khairul Fahmi tampil beri keterangan kepada pihak Harian Metro.

Kat blog Jejari Runcing pun ada puisi bertajuk "Doaku Buat Kekasih", rasanya puisi tu merujuk kepada keretakkan yang dihadapi oleh pasangan ni. Lepas tu dok kecoh gambar Khairul Fahmi dengan perempuan lain lah, pasal status Elia di facebook lah.....macam-macam laa

Diharap kedua-dua Khairul Fahmi Che Mat dan Elia Jejari Runcing bersabar hadapi dugaan ye… Moga dikuatkan jodoh antara kalian. Tapi kalau ini kesudahannya, sama-samalah berdoa kepada Allah supaya ada yang terbaik untuk kita semua.. Amin.....

Saturday 30 July 2011

Ucapan Ramadhan ku

UCAPAN RAMADHAN :

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh baraqah ini. Semoga segala amalan kita pada bulan ini akan diterima ALLAH S.W.T. Kalau aku ade salah dan silap kepada korang harap dapat dimaafkan kerana kesilapan itu mungkin aku tidak sedari. Banyakkan berdoa dan beribadah, elakkan memfitnah dan bergaduh sesama sendiri. Akhir sekali jangan lupe solat terawih ye (^_^)
 
... ada macam Datuk Najib tak?!, hehe

Kaset "10 di skala richter"

WOW,..... ganaz nyer , sampai 10 di skala ritcher ...... hehe, korang tau apa ke benda nya ni?!...HHAA ni sebenarnya tajuk untuk album KRU,
Bukan gempa bumi yer......!!!

Ni sebenarnya tadi aku dengan family pergi jalan-jalan beli baju raya, nak siap awal-awal laa takut last minute nanti tak sempat pulak..!! Masa kat kedai baju tadi, aku dengan abah aku tunggu laa kat luar sementara mak aku and adik-beradik yang lain belek laa baju tu. Then aku ajak laa abah aku masuk kedai DVD kat sebelah kedai kain tuu. Abah aku sangkut laptop kat depan pintu, aduihh,.... aku pun meneroka lah kedai tu mane tau ada jumpa album KRU....hehe. Puas aku cari pastu jumpalah kaset untuk album "10 di skala richter", huh...

Kaset pun kaset laa............. tak puas hati betul aku, yelakan lagu artis lain albumnye belambak kat situ, kalau KRU,..... satu je aku jumpa, tu pun dalam bentuk KASET...!!!, hrmm boleh laa aku beli dengan bajet RM5,
(murah siot).... Okey kalau nak tau cover album dia macam ni -->;
http://4.bp.blogspot.com/_D5zMmn9GzaA/SFhnU2zSc2I/AAAAAAAAALU/PuhHwFmjwNU/s320/10+di+skala+richter.jpg

Tak Sihat laa

huish,?!!...... lama aku tak post apa-apa, yelakan sejak dua menjak ni duk sibuk memanjang jerr. Sebab tu laa blog ni dah macam berkarat jer. Lagi pun aku rasa asyik pening semacam pastu mata ni dah naik merah dah ni ,.... berurat sana-sini pulak tu,
mesti kes rajin sangat belajar (ecehh nmpok benor nipunyer). Aku tak ada apa-apa nak citer, nanti aku sihat aku akan sambung buat entry macam biasa ea?!....Bye, ku nak guling-guling 360 darjah jap

Monday 18 July 2011

Manusia ni kan......

Manusia ni kan,
bila nak sedekah kat masjid RM10 pun...
terasa berat hati,
tapii...
sanggup beratur panjang dari pagi ke malam,
nak beli tiket konsert akedemi fantasia yg harganya lebih kurang RM30...!!!

Manusia ni kan,
sanggup berjaga malam-malam nak tengok bola,
MU lawan Liverpool,
Tapi......
tak sanggup berjaga malam untuk sembahyang sunat atau qiammulai...!!!

Manusia ni kan (terutama remaja perempuan)
Sanggup menyerahkan diri tanpa segan silu ,
kepada orang lain.
Tapi...
tak sanggup menyerah diri,...
kepada ALLAH Taala...!!!

Manusia ni kan,
sanggup meluangkan masa untuk kekasih yang dicintai....
walaupun lebih 5 jam lamanya,
Tapi....
tak sanggup meluangkan masa pergi ke majlis2 agama untuk mendengar ceramah.

Hmm....ni lah...orang kata manusia zaman sekarang, kalau bab-bab AGAMA semuanya buat-buat lupa dan endah tak endah, padahal korang pun tahu azab seksanya NERAKA,.....entahlah, aku buat ni untuk mengingatkan korang yang bergelar MANUSIA ni .....termasuklah aku.

Thursday 14 July 2011

Tawaran Hebat 999

Dail 999 dan sebut "polis b0d0h" sekarang!! jangan risau, pasti anda akan di hantar ke sebuah hotel yang berpintu besi hampir berkarat.... PERCUMA!! mula-mula anda akan dapat sepasang gelang perak percuma then anda akan menaiki kereta waja putih diikuti oleh 2 pengiring yang lengkap dengan seragam. Di sana, anda akan mendapat baju T dan seluar PERCUMA!! Anda juga akan duduk di sebuah bilik yang mempunyai katil yang selesa diperbuat dripada simen TULEN!!! disana juga anda mendapat makanan free dan kawan2 yang baik budi pekerti.....
Jadi APA TUNGGU LAGI??? DAILLAH SEKARANG!!!!
erk,....korang jgn ckap aku suruh nnti aku kene TOP WANTED

Amaran Untuk Lelaki

~ Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di “booking” atau di “cancel” sesuka hati, jika tahu tidak mampu maka usahlah gatal menjalin hubungan CINTA atau memberi harapan yang dusta . Itu adalah sebuah dosa yang mencemarkan kesucian wanita.

Tindakan mendekati seseorang gadis, adalah HALAL dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk BERNIKAH , bersedia dan mampu. Jika tidak, pendamkan saja hasratmu dan terimalah TAKDIRMU !

Thursday 7 July 2011

Adik-Beradik Syazwan

Warghh....tetiba je ada nama aku kat atas, hehe. Hari ni nak kongsi pasal adik beradik aku dalam keluarga ni. Pasal "nama panggilan" dalam adik beradik,...yelakan biasanya ada yang panggil along ke angah ke....dan macam2 lagi. Ok, kitorang semua sekali termasuk aku ada lima orang bersaudara (dah mcm Hang Tuah la pulak)

Ok....aku start!!!....mula-mula yang kecik sekali umur baru 6 bulan.....baru lahir januari tahun ni. Nama dia Nor Qistina Azwin. Kitorang panggil dia...."Adik Baby"....aik ?!,asal ada "baby"...hehe, nanti aku citer.

Pastu yang keempat, umur empat thn, namanya Nurul Qamarina.  Panggil dia "Adik"....haa, sebab tu lah yang tadi dipanggil "Adik Baby". Dah nama "Adik" kakak dia ambik....tambah la "Baby" kat belakang.
Ermmm, nanti kalau Qistina dah besar takkan nak panggil baby lagi kot.....ni tengah fikir ni.

Adik ketiga .....Mohd Syafiq Izzudin....adik lelaki bongsu aku, dia ok je panggil "Abang Ngah", anak tengah katakan .

Adik kedua.....namanya.....zzzz*___45%, *transmission interrupted*....tak boleh bagitau, huahahahaaa, dia perempuan,....lawa sangat, ramai orang nak ngorat.....alaa tengok siapa abang dia!!!. Tapi aku panggil dia "Ya".......pendek giler walhal nama dia yang paling panjang sekali.

Dannnn.....abang sulung, takkan tak tau nama aku!!!.....haaa nak tau adik-adik aku panggil aku apa?!
HHAAA......semuanya panggil aku "Aban".....hah?!...mana hilang huruf "g" ?!, ish entahlah....ni semua kes adik kedua aku tulah yang panggil aku macam tu...pastu lekat sampai sekarang. Tak lama lagi yang kecik tu pulak sambung.....hahahahaa

Orait...that iz my pamely....aku Aban, dah mcm tak betul arr
Dah lah....bye, assalamualaikum

Monday 4 July 2011

Dia....perindu dari jauh

 Meyh...kite jiwang sikit dulu....kisah cinta pandang pertama
....aku amik kat youtube.........wahhh nmpk benor nipunyer
 
*sy hnya sorang gadis...yg merindui "DIA"*
sy tgk senyuman dia
manis sgt2.........
pastu tros jtuh cnte pndang pertame...
stiap kli tgk die...sy akan jdi gile!!!!!!!!
walaupun pade org len die tu x hnsem,,tinggi mcm galah,,,gelap..
tp pde saye tu mmg hnsem!!!!!!!!!!!!!
 
subhanallah...
 
pastu,,,,sy pun curi2 la tgk dia
setiap hari...
tiap2 hari sy tunggu dia..
tp dia x pernah perasan akan sy...
sy tgk dia dri jauhhh....
 
Ntah jejaka tu prasan ke tak "kewujudan" si perindu ni...kesian dier
 ok....utk hari ini!!! Bye

"Salah Siapa"~lirik

 choopp...jap, mula-mula cari lagu dulu...dengar lagu dia



Senja menjelma tiba
Bermulalah lagi sandiwara
....tak mengenal dosa....
Gadis awal belasan
Mesranya di dalam dakapan
Tahukah kau namanya?

Kejar kebebasan mahu kepuasan
....perlaku terhina.....
Tidakkah kau terasa gentar dengan pembalasan Tuhan

(korus)~
Salah siapa sering di tanya
Salah mereka atau kau saja?
Salah siapa apa terjadi
Kau penentunya jalan hidup sendiri

Merenung kembali onak kehidupan ini
Tak siapa bisa lari dari masalah diri
Dunia realiti
Bagi mereka yang terleka pastinya akan terjerat
Dan pastinya akan tersekat
Bolehkah kau sedar apabila kukata
Yang bagimu bagaikan perkara biasa
Bertemankan dosa
Jadi janganlah kau kata itu salah mereka

Senario kehidupan pohon neon merah menyinarkan
...kesesatan insan....
Walau berkali di tegur
Walau berkali kau di hina
...Alasan kau telah dewasa

Manakah hilangnya... maruah bangsa?
Pegangan agama?
Sedarlah kau sahaja penjaga prinsip dan maruah diri

(ulang korus)~

Lihatlah lihatlah apa yang ada di tanganmu
Kenapa kau pula semua temanmu kini membisu?
Dulu bersama walaupun di mana saja
Kini kau berbadan dua ayahnya entah siapa
Katakan ke manakan kau lari?
Manakan kau cari harga diri yang tinggal hanya secebis mimpi
Sekarang siapa rugi?
Adakah mereka ataupun diri sendiri?

Kejar kebebasan mahu kepuasan
Segan sudah tiada... hidup bagai tak bererti

(ulang lirik)~

tengok,.... lirik yang bagus!! bukan rapping kosong!! Remaja kita sekarang patut dengar lagu-lagu macam ni... bukannya K-Pop yang aku sendiri tak paham baris lirik ataupun Lady Gaga,Ke$ha,Justin Bieber...etc

Lagu ni dicipta KRU hampir 15 tahun dulu,. Kita sekarang masih ada masalah sama yang tak terbendung, buang suka suki sana sini, tanam pulak sana sini, haih,.... SALAH SIAPA??

Album-album KRU

http://multiply.com/mu/smile6670/image/2/photos/2135/1200x1200/1/kru-001.jpg?et=e6iJjiv2dvQR3%2BQHi%2CYRjQ&nmid=410947288



HHAAA...saje upload gambar ni . Aku ni kan memang fanatik dengan KRU... so kat sini saje lah tunjuk koleksi album-album KRU yang aku ada kat rumah dari first album sampai album terbaru.

Kat bawah ni adalah senarai nama-nama album KRU:~
  • Canggih (1992)
  • reKRUed (1993)
  • Awas (1994)
  • Awas da' Soundtrack (1995)
  • Ooh La La (1996)
  • KRUmania (1997)
  • The Way We Jam (1998)
  • Formula Luarbiasa (1999)
  • Tyco (2000)
  • KRUjaan (2000)
  • KRUnology (2001)
  • empayar KRUjaan 2.0 (2002)
  • Yusry (2003)
  • Relax (2004)
  • KRUnisme (2005)
  • 10 di skala ritcher (2006)
  • KRU Keunggulan (2009)
  • KRU Ultimatum (2010)
tuu...diaaa.... dari 1992 lagi tu...
banyak ek....tapi rasenyer satu pun korang tak pernah dengar!!
Yelaa kan...skarang KRU pun dah tua ...budak skarang mane minat

Friday 1 July 2011

Satu Murid Satu Sukan-part 2

hai, Assalamualaikum...ok, smalam entry pendek...hari ni panjang sikit
Mula-mula bangun pagi...pastu mandi...pastu lupa gosok gigi....pastu....eh, mengarut apa ni...>> fast forward >>

*Di Perhimpunan*~
HHAAA...aku sampai je sekolah terus beratur (rasenyer bukan "beratur") ...ahh lupakan tu, tapi...tapikan,... kenapa cikgu tak buat warming up ek?! ...naik musykil aku, sedar-sedar je terus cikgu suruh lari.....

*Ketika Larian*~
ish3x, bukannya "larian" tapi "berjalan".... Korang nak tau,...aku lari jalan sorang-sorang je...si Faizon pulak hilang entah ke mana. Tappiiii....masa aku tengah berlari tu memang aku tak henti-henti gelak lah....apsal,?!...hehe, bukannya apa...cuma aku asyik terdengar je kalau budak-budak lelaki ni borak . Nak tahu borak pasal apa.....huh pantang je lalu orang perempuan, mulalah diorang "membahas" tentang 'anatomi' (cari dalam kamus ye) ...dah macam dalam "parlimen" tau. Tapi memang lawak,..ayat nakal giler. Hurmmm... alhamdulillah sebab tak ada yang cedera ke, accident ke, bergaduh ke, kena rasuk hantu ke....dan ia berakhir dengan 'keboringan'.
Betul aku cakap....lari sorang-sorang memang boringgg

*Kat Sekolah*~
Sampai je sekolah....aku dah macam orang gilaaa....sebab tak tahu nak berehat kat mana!!! Sesak betul sekolah aku weihh. Tapi yang peliknya...ramai pulak orang perempuan....budak lelaki pun kejap nampak kejap tak . Masa balik pulak aku beli "ice blended"...fuhhh, first time beli ni!!! ...urmm...kpd Kak Raja...ice tu best gak...walaupun tak brape sedap tapi habisss jugak tau

Ehhh...chopp...kejap...jap...nanti dulu,..... apa pulak kena mengena ice blend dengan larian ni??!!...eh entry ni dah habis laa!!! aduyai..........oklah, Bye

Satu Murid Satu Sukan-part 1

entry ni pendek je.... cuma nak cakap ;-> woiii lariii!!!!... jangan berlenggang!
aiii...jangan nangis lak, ....esok bertarikh....2/7/11...semua pelajar dari seluruh pelusuk dunia (Malaysia laa) akan berlari untuk mencipta Malaysian Book of Record sebagai "larian besar-besaran oleh pelajar"

OK...kwan-kawan aku semua....dah ready cipta 'sejarah'?!
....anddd.....haaabbbiiisss. Esok, lepas lari aku buat "part 2" tentang larian tuu...ok tak?!

Thursday 30 June 2011

misteri album KRUnisme

Baru-baru ni aku beli album KRU...biasalah peminat KRU kannn. Tapi ni album lama...keluar thn 2005 dulu. Cuma nak ckap kat siapa-siapa yg beli album "KRUnisme" ni...
korang yg dengar album KRUnisme ada dengan sampai abis tak?
maksud aku sampai 'last second on da last track'..
sebab aku ada dengar ada dialog tersembunyi kat last track tu?
Tapi yg dia dengar tu dari kaset..kalau dlm cd tak tau la ada ke tak..

ni aku quote sikit :
"aku dengar sampai habis. Album ni, sebelum lagu first tu, ada diorang buat macam welcoming track gitu, title lagu dia 'selamat datang' dan bila dah habis 10 lagu, ada penutup pulak, tajuk dia 'jumpa lagi' dan lepas tu..habis. Tapi aku beli cassete, macam ada banyak lebih lagi la. Aku nak dengar kali kedua, aku fast forward supaya tak lah membazir masa aku kan nak tunggu kaset tu berputar sampai habis.

Kemudian hari ni, aku dengar balik kaset ni sambil buat kerja. Kali ni, aku pasang kat radio, bukan walkman. Bila habis, dah sampai ke track 'Jumpa lagi' dan habis aku biarkan aje, khusyuk buat kerja. Tak semena-mena, tiba-tiba.. ada suara lagi. Terkejut aku. Macam suara sesat ataupun, mengikut versi cerita seram korea, ~"kaset berhantu"~.
suara tu bunyi macam ni, suara beberapa orang bercakap-cakap. Dialog dia:

-helo..hello..
-eh, album ni patutnya dah habis kan?
-ha ah. dah habis lah
-tapi dia ni tunggu apa lagi? takkan nak lagu lagi kot..
-ha ah. Tapi kesian kat dia tunggu lama nih.lagu pun lagu lah. nak lagu apa ni?
-kita nyanyi lagu ni lah!

 ~rasenyer ni suara EDRY ngan NORMAN. So diorang pun nyanyi satu lagi lagu yang tak bernama. Hishh. Ni seprais ke apa ni? Biasa
nyer kan, kalau lagu dah abis mesti ulang balik first track....tapi aku tak prasan sbb buat kerje masa tu. Lepas habis lagu 'Jumpa Lagi' tu...aku biar 40 saat,.. tapi klau korang tak sabar mesti tekan "forward"..tak pun tutup!!. Aku jumpe "hidden track" ni pun sbb aku tak prasan (kira nasib la ni)
HHAAA...macam mane boleh ada dlm track ni?!!...hishh,.. Macam-macam la abg-abg KRU ni.
http://2.bp.blogspot.com/-TuB8Op_f4GM/Tc3CtU9BdSI/AAAAAAAACHk/vefut4UekbM/s320/Kru%2B-%2BKrunisme.jpghaa...ni cover album KRUnisme
            

Monday 27 June 2011

Hidup-hidup Ditipu

korang kena baca lirik ni...."sebuah kisah seorang teranaiya"

Masih tak dapat ku lupa pada malam durjana
Di tepi bahu jalan ku tunggu temanku
Jam pukul satu suku, metropolitan di malam minggu
Sudah menjadi kebiasaan hidupku
Si Masroni tiba tepat setengah jam terlewat
Dalam tergesa gesa berpeluh di muka
Ku kata oh mengapa lu macam gabra
Katanya ada masalah besar, ibuku di dalam trauma
".....Itu tipu nombor satu......"
Jadi mengapa kesini, pergilah bersama ibumu, Roni
Kita berjumpa lagi lain hari
Namun dia menjawab dia ada bungkusan yang harus di berikan...
ke teman di block 208
Mungkin kerana kasihan aku dengan sukarela kata ku sanggup... menghantarnya
Bersendirian bergegas ke situ
Belum sempat untuk ku mematikan lampuku
Tiba tiba diserbu.....
Hidup hidup ditipu

Tolong ampunkan saya tak tahu apa apa
Sekadar sampaikan bungkusan di dalam perjalanan mencari block 208
Kamu ditahan di bawah kanun keseksaan,mengedar dadah berbahaya
Jangan bergerak, angkat tangan
Tapi saya tak berdosa, mana tahu isi kandungannya
Sekadar sampaikan bungkusan teman yang minta saya kesini kini tersadai
Tangan ku digari dan di bawa ke balai.....
Hidup hidup ditipu

Di mahkamah ku berseorangan
Mendengar tuduhan yang arif bacakan
Tiada saksi yang dapat membantu
Hidup tersia... Hidup hidup ditipu
Mungkin ku akan mati semata-mata kebodohanku
Kedua orang tuaku sedih malu
Tak mungkin lagi ku rasakan sinar
Hatiku terbakar memberontak hilang sabar
 (korus)~
Sampai bilakah bila hidup perlu sengsara
Hanya dalam sekelip mata ku hilang segala-galanya
sampai bilakah bila azab terus terasa
Aku terkurung dalam penjara semata mata kerananya
Aku ditipu oleh kawanku...!!!!

Lagu: Hidup-hidup Ditipu
Penyanyi: KRU     .......jadi renung-renungkan, jgn biar hidupmu merana

Sunday 26 June 2011

Internet Timed Out

Hey stalkerz (ayat kiera)...internet aku ni dah timed out. Aku pown tak reti mana bab-bab internet ni!!!

Yang aku tahu masa chat kat facebook dier jadi lain....boleh dikatakan modem aku ni tak laju laa sekarang ni. Ni cuma nak bagitau kalau aku lama tak update apa-apa bukannya aku malaz yer?!! Aku cuma tersangkut dgn ke"slow"an internet nih!!!

Ok lah... tengok kalau-kalau boleh update lagi...Assalamualaikum,bye

Friday 17 June 2011

Cerita Sekolah - "Kekurangan Pelajar"

Assalamualaikum.... Hari ni nak kongsi kat korang pasal kelas aku yakni 2-Ghazali (202). Seperti tajuk entry aku kat atas ni, pelajar kelas aku hari ni cuma 5 orang jer!!! Ni kes ramai yang "melancong", yela kan sebab ada yang pergi lawatan sampai KL, ada program seni kat Resort la..., apa lagi?! oh... ahli band skolah pergi Cendaring (rasanyer laa)....pastu dua tiga orang tak datang. Best hari ni tak belajar.....tak aku tak suka sebenarnyer

Hari ni aku sebenarnyer kesian betul dekat si Amira ni....maklumlah, dalam 5 orang yang hadir tu............. dia sorang jer PEREMPUAN!!! Ain pulak cakap nak datang sekolah tapi tak datang pown.

Ok, cerita start masa pagi-pagi tu....aku tengok peserta program yang nak pergi resort ni dengan muka selambe dan excited nyer tak nak pergi makmal sains walhal diorang bertolak pukul 8.30. Cg Zuraina pulak bukan main marah lagi tau.

Pastu masa BI, budak laki (termasuk aku) nampak cikgu jer terus lari pergi tandas....mase tengah lari tu, dalam hati aku cakap.....~ *malas laa....baik masuk klas* aku pown masuk lah....malas nak layan 3 mangkuk tu (aku ni kan baik...hehe) Lepas 10 minit, barulah Kamal,Syamil,Adiq masuk klas.... Pastu cikgu BI suruh kitorang bersih-bersih klas. Tak sampai tiga minit, tiga budak laki ni dah "terbaring"....aku dengan Amira jer steady lagi. Cikgu pulak cakap dekat tiga yang dah terbaring tu macam ni.....*tengok Wan, bagus dia...boleh buat menantu*  cewahh...bangga aku!!!

Ok sebelum balik pulak, Cg Azlina suruh masuk pustaka......tapi aku ngan Amira jer masuk. Tiga mangkuk tu pulak duk memekik dekat klas 203....tak percaya tanye budak klas 203 tu. Sampai last-last Cg tulis "ponteng" hahaha....nakal diorang hari ni (tu perangai biasaaa)

Hari ni tak belajar apew2 pown....nak kata best tak....tak suka pown tak!!! Gitu-gitu jelah.
Hmmm...moga mereka yang ikut program tu mendapat manfaat berguna. Tak nak mengorat pulak!!!
Oklah...cerita hari ni dah habis....Bye, Assalamualaikum (jawablaahhh)

Wednesday 15 June 2011

Soalan Prikse yg payah

Arrgh...hishh...ah aku tak puas hati dengan soalan peperiksaan B.Inggeris aku baru-baru ni!!

Nak tau...macam ni lah...
Soalannya tanya pasal article, ok tu dah satu. Tapi kalau article biasanya berkaitan dengan perkara2 penting je kan?? TAPI...ni aku kene buat article pasal sebuah cerita (x paham?!). Ok aku kasi detail sikit....soalan cakap "Write an article about your friends and you in last holiday" haa...korang tak rasa ke yang soalan dia ni lebih kurang macam nak suruh buat "Karangan" bukannya "Article"

Dan,..pada pengalaman aku laa, aku rasa article ni kena guna present tense. So aku pown guna format present tense dalam article tu. TAPI,..!! selepas aku dapat kertas periksa tu semalam, baru aku tau yang soalan ni nak format past tense sebab dalam soalan ada kata "last holiday" . Pergh...memang kena lah aku!!! tapi cikgu BI aku cakap buat format present tense?!

Hey pembuat soalan!!! lain kali kalau nak suruh pelajar buat karangan, tak payah la cakap "article"!!! Tanye macam biase jer!!! Dah naik confuse aku dikerjekan. Sampai markah jadi 16/30 ,...tu nak kata berape banyak markah aku hilang kat Section A ,. Kalau section lain dengan paper 1 aku ok jer!!! Soalan ni jelah yang menyebabkan aku hanya memperolah-->>
                                                                           68%   
Haa..korang tengok tu!! Aku yang biasa2 dapat "A" boleh markah seteruk ni pulak.

Hmm....tapi kalau aku fikir-fikirkan balik, pengalaman ni mungkin sedikit mengajar aku. Ajar apa?...hehe sebab mungkin kalau aku tak pernah jumpa soalan ni....aku rasa sampai sudah aku tak tau yang article pown ada past tense (kalau ikut format tertentu laa)

Hahahahaha.....(knape aq ktawe?!)
Ok lah......Bye.......Assalamualaikum

Sunday 12 June 2011

Red Warrior Kalah

Taakkkkk!!! macam mana pulak boleh kalah team Kelantan ni?!
Ok, kalau korang tak tengok perlawanan Piala FA semalam, meh aku cerita sikit.

Rasanya hampir 70 minit lah kedua-dua gergasi  pantai timur ni beradu tenaga sehingga akhirnya kapten Kelantan iaitu Piya berjaya menggegar gawang gol Terengganu (cehh..macam Hasbullah Awang lak)

Tu dah satu...TAPI...tapi...Tapi kan.... aduyai, si Daud Su ni tertanduk bola dalam gawang sendiri pulak!! Aku baru nak syok Kelantan menang 1-0.... tapi masa kat last-last minit tu boleh pulak gol ye.....gol sendiri pulak tu!!

Masa diorang berlawan dalam masa tambahan tu, Terengganu dapat buat tendangan sudut. Sape entah yang ambil sepakkan, tapi cantik dia tendang doh!! Pastu seorang pemain yang dapat bola tu pulak sepak rendah!... kesian Khairul Fahmi tak berjaya tangkap bola sebab ramai sangat depan dia.

Akhirnya....The Red Warrior tewas 2-1 kepada Terengganu
Tak mengapa lah, Liga Super dengan Liga Malaysia ada lagi

Hmm...alaa duk Kelantan syok, hari ni cuti tapi kat Terengganu ni tak boleh cuti! Haish... aku tengah bengang ni... Ok lah aku tak sempat nak citer detail lagi so.... Bye

Saturday 11 June 2011

Dah sekolah pown...

Alaa... esok dah kena pergi sekolah. Pejam celik pejam celik...dah habis 2 minggu. Erm..aku rasa dalam fikiran korang tu mesti fikir yang aku malas nak pergi sekolah kan?! Hehe, taklah..aku sebenarnya suka!!

Bukannya apa, ni sebab aku dah naik bosan asyik terperaaaappp je dalam rumah ni. Dahlah 2minggu aku tak pergi mana2. Dari celik mata sampai tutup mata (bahaya ayat).. hehe aku duk menatap je komputer ni..sampai pening kepala mak aku. Kalau kat sekolah, oklah sikit.

Hmm...esok dalam kelas aku rasa ada laa budak nama Syazwan yang kena bedal sebab tak siap kerja!!
Syazwan: Alaa cikgu...kerja tertinggal bawah meja.
Cikgu X: No...no excuses !!!

Ish ish...kesian aku. Hahaha... siapa lah "Cikgu X" tu yer?!
Ok lah, aku nak susun jadual dulu... jumpe esok ye?! (budak t'ganu je)

Monday 6 June 2011

Kelantan-vs-Terengganu

Arghh....aku tak kira, musim ni aku nak Kelantan menang jugak. Lagi pown ni kan first-time Kelantan masuk final Piala FA 2011.

Pergh...tahun ni kita akan lihat persaingan untuk perlawanan akhir diantara dua pasukan Pantai Timur. Mana satu korang rase akan menang?....Kelantan jering budu....ke....Terengganu keropok lekor.
Hehe...tadi aku dengar kat THR cakap perlawanan "Gelora Pantai Timur" ni mungkin akan dikuasai Kelantan..(apsal pulak?)-->>

Ini adalah kerana dua bekas penjaring gol terbaik dari Terengganu kini sudah pun berkhidmat untuk Kelantan yakni (cantik ayat)....iaitu: Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi.

Hahaha...aku, biasalah....penyokong  backup The Red Warrior...mesti sokong Kelantan...Jangan lupa tarikh 11 jun 2011..!!!
Akhir kata.....GOMO KLATE GOMO !!!
http://2.bp.blogspot.com/-SMeCZk75hvI/TeyQnbPTZmI/AAAAAAAAAks/N0OPDzgfyKE/s1600/228179_212746915412592_179943232026294_722789_5250895_n.jpg

Sunday 5 June 2011

Pontianak the Movie : Biar Betul

 Filem start dalam.....1......2.......3  -->>

Tadi aku, buat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Berbekalkan kameraku, tanpa ragu-ragu aku mengembara dari Damansara Utama ke Bukit Bintang untuk membongkar misteri ini. Selepas berjam-jam mencari, akhirnya, cuba teka apa aku jumpa? Dua Pontianak berpakaian serba putih berjalan membawa penanda bertulis “Biar Betul” disiang hari!
Tengoklah renungan maut yang dilemparkan oleh Pontianak kepada semua pengunjung Sungai Wang. Kesemua pengunjung merasa takut kepadanya!
Tak percaya dengan kuasa renungan mautnya? Lihat lelaki muda ini yang melarikan diri apabila dia merenungnya.
Ibu dan anak perempuan menjerit ketakutan apabila Pontianak merenung mereka!
Pontianak sedang mencuba merasuk lebih ramai pemerhati.
Mestilah dia bukan Pontianak yang betul. Tetapi, ia menarik perhatian ramai pengunjung di KL. Ya lah, siapa yang tak merasa ingin tahu bila melihat perempuan pelik yang berjalan ke merata tempat membawa papan tanda “Biar Betul”.
Malahan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Pontianak! Peluang keemasan lah katakan!
Selepas menghabiskan sejam mengambil gambar, rakan aku tak dapat menahan perasaan ingin tahunya lagi. Seperti pemerhati yang lain, aku juga ingin tahu tentang mesej “Biar Betul” tersebut. Jadi, aku berkeputusan untuk bertanya kepada Pontianak beberapa soalan.
Syazwan: Biar Betul ni pasal apa?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak ingat orang takut ke dengan Pontianak?
Pontianak: Biar Betul.
Syazwan: Jadi, awak ni Pontianak betul ke?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak tau tak saya lelaki paling handsome dalam dunia ni?
Pontianak: Biar Betul
"Senang betul nak menyakat Pontianak ni bila jawapannya semua Biar Betul"

--erm...kisah merepek ni hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati-- Harap Maklum...hehe          Director/Script:-"Syazwan Idham"

Saturday 4 June 2011

Tak boleh blahh...!!!

Hahaha...aduih sakit perut, sakit otak, sakit jantung pun ada gak tengok lagu Saiful Apek medley/gabung 12 lagu paling popular tahun 2005.

Suke sangat intro dia....tapi time kat tengah2 video tak best sangat....           TAPI, kat hujung video ni tak boleh blah.... hahaha


ShortForm

Ok..baiklah...mulai sekarang, aku nak announce bahwa aku tidak akan menggunakan ayat sH0rtf0rm untuk menulis blog lagi.

Kenapa...??! hehehe..ceritanya semalam aku adalah blogwalking blog member2 p0rt bl0gger tu.
Dari blogger level master sampai level junior, ramai yang tak menggunakan bahasa SMS sangat.

Lagi satu ialah aku tak nak kalau time periksa nanti aku tershortform apa2 ayat  ....ish ish memang rugi lah kalau macam tu!!

Ok lah, dari kesimpulan aku, lebih baik guna bahasa ibunda kita dengan cara yang terpelajar..
Lagi satu, bagi blogger2 yang baru suam-suam sejuk dalam blogging ni, aku ada diberitahu bahawa cara terbaik untuk menambah follower ialah dengan menyediakan post2 menarik disertakan penggunaan ayat yang lancar  dimana yang tidak mengganggu proses pembacaan


Pergh...!! ayat macam ahli falsafah sehhh...!!! :P -Z'wan

Mana diorang nih??

Ai...mane kwn2 aq nih?
Kalo aq buke FB...sorang dua je online. Kalo aq keluar rumah...lengang jer kuarters kem ni...............
 
Hahaha...mmg la, mcm x tau musim cuti skrng ni. hmm dahlah aq xleh nk keluar kem, lainlah korang duk kat luar.

Erm..xpe lah, aq tau rmai balik kmpong, tapi cuti ni aq x blk kmpong laa (bunyi cam sdih tapi aq suke sebenanarnya) - ai suke lak

Dan aq tau yg x online tu tgh study (yg x study jgn perasan!!)    
Oklah...aq nk blogwalking dulu, bye

Friday 3 June 2011

Malam Romantic

Ku hampiri katil mu...
Ku tatap wajah mu...
Ku kucup kedua-dua belah pipi mu...
Ku bisikkan ke telinga mu...

INNALILLAHIWA'INA'ILAHIROJI'UN

1O lagu KRU paling meleTOP

Hari nie bosan x de kerje...jdi aq ade terfikir nk kongsikan 10 lagu KRU yg pling aq minat ............. kalo sesape yg mmg btul2 kenal aq, hehe...aq mmg peminat fanatik KRU.!!
Ok, kat bwh ni lah senarai lgu2 nye:-
  1. Awas
  2. Mengerti
  3. Canggih
  4. Diari Metropolitan (eh name blog aq lah)
  5. Ooh La La
  6. Aneh
  7. Salah Siapa
  8. Jangan Lafazkan
  9. Ikhtiar
  10. Dua 
hehehe..rase nye korang x prnh dgr lagu2 nie sbb ni semua dari zaman 90an lagi.                            Hmm...nnti korang tunggu. Akan ade sambungan psal KRU nie nnti...hehe

    eii...geram aku

    !!!!-eii si kiera nih aq geram giler arr ngan die, psal ape aq x nk citer la.

    Cume bgi sesape yg baru nk kenal ngan die, aq sarankan supaye:-
    -anda jangan menjirus minyak ke atas api yg tgh marak-  nnti terbakor si mangsa tu...
    Korang paham2 jelah.............hehehe x baek marah2 kwn nnti cpt tua !!!

    Thursday 2 June 2011

    Thanx Kiera :)

    Sape "Kiera" nih?? Hahaha..kwn lame aku kat JB dulu ar.
    Bkn main lame dah aku add die baru hari ni die ingat aku blek, ish3 xpe lah aku x trase pown. Die cume cam muke aku kat gmbr aku yg x cantek.........hmm rasenye laen kali kene upload gmbr yg poyo2 baru org cam ek, huahuahua (ktawe jahat)

    Dah borak2 skit, kiera adelah nk bgi aku group utk support blog aku. Hahaha, problem start kat sinilah bile aku ingat kan "group" nih die manage kat blog rupenye kat fb (aku rase korang x paham ape bende nih) hahahaha msti arr sbb aku sndiri pown x paham aku taip ape nie. Ish3, tadi otak kitorang bkn main...blurr lgi lah duk urus kan kes yg x selesai2 lgi ni (skali mcm polis daa)

    Ok...ok, kalo korang tengok title post aku kali ni aku tulis "thanx". Hahaha..nie bkn ape, cume cik Kiera kite ni dah jdi follower pertama aku....YES yes YES!!! hehehe .....skali lgi, Thanx Kiera :)

    Wednesday 1 June 2011

    blablabla....

    hmm......lalalala....
                              hahaha.....
                                           ..blablabla...
                    Ish....aku tgh giler x tau nak taip ape??
    argh....! bosan nyer.... Hari ni xde bende MEnARik   ->>           o
                                                                                                k
                                                                                                      lah
                                                                                         bye.....
    ................#@$%^&!)$#*%$@^&(???><.................... :P
    hahaha...bangang nyer  !!!          
                                                                               !!!(copied)???

    Tuesday 31 May 2011

    Negatif-lirik-

    Lihatlah oh dunia
    cara ku yang berbeza
    Bukan niatku menyinggung sesiapa
    Seringkali ditanya
    Barat atau Timur
    Yang jadi ikutan dan pilihanku
    Keduanyaa penting bagiku
    Namun yang pasti aku adalah aku
    Antara citarasa dan budaya

    Mungkin kata-kataku sinis
    Tak bererti ku egois
    Mengapa sensitif
    Yang remeh dipropaganda
    Bagai satu dosa
    Tergamam diamku menggeleng kepala
    Walau kau lihat ku begini
    Tak pernah ku lupa agama dan budaya
    Citarasa kita nyata berbeza-beza

    ( korus )
    Setiap generasi
    Punya citarasa sendiri
    Gaya nan terkini
    Irama muda-mudi
    Fikir cara terbuka
    Jangan pandang negatif saja
    Inilah masaku
    Biarku dengan 'jeans' biruku

    Apa kena mengena
    Gaya dan budi pekerti
    Sesungguhnya ku benci hipokrasi
    Ku punya personaliti
    Identiti tersendiri
    Mengapakah niatku di salah erti
    Ini bukan lagu protes
    Gunakan mentaliti apa tersirat di sini
    Yang penting kita sama-sama menghormati

    ( ulang korus )

    Antara citarasa dan budaya
    Citarasa kita nyata berbeza-beza
    Yang penting kita sama-sama menghormati
     ( ulang korus )

    Artis: KRU (Norman/Yusry/Edry)
    Album: Awas da' Soundtrack (1995)
                                                 - KRU Publishing Sdn.Bhd -
    Hehehe...paham2 je la ye lirik ni. Kalo dengar, lgu ni cam protes kpd mereka2 yg x faham jiwe remaje kan ...
    Lgu ni mletop time era "fenomena Awas"....(korang tau ke ape bende tuu)
    hahahaha...!!! korang bkn peminat KRU mmg x tau larr...
                                         

    Friday 27 May 2011

    Ain.. Ain

    Hahahaha...sakit otak aku smalam!
    Aku ngan kwn aku si Ain nie tgh bls2 komen smalam. Mula2 aku tengok kat wall dia ade laa sorang mamat nie kata dia canteek. Aku blas kat mamat tu ckp -Report Aien-.Ain yg komen skali pown tetibe je bedal gelak. Pergh...lame gak kitorang "berbahas" psal nie . Dah lame pastu, baru aku tahu yg si mamat tuu...cikgu agame dier. Hahaha...manelah aku tau cik Ain woi, dah ustaz ko tu pkai baju cam mat rempit! Ish3 ain..ain.

    Thursday 26 May 2011

    Cuti 2 minggu nie

    Akhirnyer....cuti gak 2 minggu!!! Ish..byk keje t'tangguh kene persiap, tpi still on fb...hahaha2. Cuti ni kalo blk kampong x syiok laa. Nape lak?? haha bkn ape, kalo kat kampong, ade astro...gerenti sangkut pastu keje x siap2. Lgi satu bln ni aku pokai arr...duit dlm poket ade 5ringgit jer, xleh laa nak spend utk cuti nih.

    ...............Alamak...........homework Bm t'tinggal kat skolah lak!!! Bdk klas aku yg dkat ngan rumah aku sorang jer. Ish3 aku pown satu, mlaz nak tanye kat die psal homework nie (ciss..kutuk diri lak) Erm dahlah homework yg kene buat "berkapoh"(mksd nye byk)!!!

    Xde kerje lah...bosan...boring...aimless..argh....?$@#*%&!   Hahahaha...merapu ikan kerapu dah aku...! Oklah kpd all my friends x kire kat Johor,Klantan,T'ganu...........slamat bercuti & slamat hari raye (aku jer raye, ganti puase thn lpas)

    Wednesday 25 May 2011

    KRU-Jangan Lafazkan




    Inilah lagu & video paling popular thn 2001. Video ni bleh jadi motivasi kpd semua suami isteri diluar sana.

    Sunday 22 May 2011

    Kwn2 lamaku...

    Akhirnyer....aku jumpe gak fb kwn2 lame aku dari Johor. Ermm 7 org ke ntah...tapi aku dah add diorang. Cume aku musykil gegiler sbb diorang nie main approve jer , aku rase diorang dah x ingat kot. Xpe arr... Hmm duk cari fb kwn, tetibe jer t'sembo...muke si musuh lame. Beliau...Setan(bkn name sebenor) tlh menjadi kepala kump IBLIS Dewata Api yg aku kenal slame 1thn aku di klantan. Xpe...kiteorang kwn gok(di padang mashyar kelak)

    Thursday 19 May 2011

    BI mutar-itik

    Hahaha...?(nape aku gelak).Hmm..bkn apa tadi soalan BI mcm x btul jer. Mase kertas BI paper 2, dia tanye laa soalan psal article...tapi question cam suruh buat citer! Pastu section 2-summary, psal bende yg aku xpernah buat yakni kene summary sebuah story. Biasenyer yg psal article jer. Hmm...blako doh jadi t'balik metar,...,mutar-itik(fuhh..ganah klate). Pastu kertas 1, soalan lain steady jer jwb TAPI..aku duk t'sekat di no.2 tu...dah ler 10 min abis kat situ saje... Dah-3x, pening kpale x abis lgi nih...aku sambung study dulu arr

    Wednesday 18 May 2011

    Perikse...argh!!

    Huish...pening kpale ehh jwb soalan prikse tadi. Hehe..cakap t'ganu pulok abang kite ni dok? Hari ni, aku duk brase M3 tuu snang smacam jerr...BM plak yg payoh nyer. Hmm ckp laa gitu, hari tuu M3 snang pun dpt 40 jer! Xpe mlaz nok citer memanjang, haa..esok BI ngan PI...2 subjet yg aku suke....gerenti bleh jwab nyelah. Hehe...t'lebih koya pulok doh...!!!

    Saturday 14 May 2011

    blogger.com

    Alamak...blogger.com buat hal lak! seMinggu aku bengang sbb xleh buke edit profile. Kat headquarter dia ni ada problem apa ntah. Ni pun baru je bolah buke. Herghh...tension, mlaz nak tulis bebanyak. Dah la, nak study.

    Wednesday 4 May 2011

    ragam di Sehari Bersama Pustaka

    Assalamualaikum, haa citer hari ni pasal sebuah program anjuran pustaka sekolah aku yg berlansung di medan ilmu. Mase kat skolah tadi, cikgu sebenornye dah susun kelas demi kelas utk buat lawatan. Tapi aku tengok ade segelintir bebudak ni x ikut schedule, diorang pakat main redah je sampai sesak lawatan tu (padahal aku pun sama).

    Haa klas aku sebenarnye dijadualkan 10.30(rasenye laa) tapi memandangkan cikgu BM&M3 aku xde, kiteorang pun sambung sampai 1.00 tgh hari. Kat situ adelah org jual buku2 ilmiah dan ada gak permainan. Aku tengok buku2 tu sume bagus gak, tapi apakan daya...pokai. Aku sempat gak daftar utk cabutan bertuah, manelah tau kan kalo menang. Tapi geng aku ramai main tipu, bagi sesape yg x tahu borang utk cabutan tu hanyelah kertas buku yg dikoyak dan cume perlu tulis nama saje (sengkek gile). Diorang ni apalagi... koyak kertas banyak2 pastu hantarlah nama diorang bebanyak.

    Teka bilangan kacang ngan halaman bukulah yg aku paling suke. Aku pening kepala nak teka kacang dlm balang tu. Tapi, teka halaman buku aku boleh buat. Buku tu teramatlah tebal, haa nak tau camne aku teka?-sebenornye gini, aku amik laa buku log 200 m/s tu pastu ukur, dah dapat jwpn aku kali 2 dan result yg aku dapat ialah=1600

    Pastu aku ngan Din main congkak, mula2 aku duk terkial-kial sbb dah lama x main benda ni. Hmm last2 aku menang jugak, tapi aku rase Din x perasan yg dia kekadang x letak guli dlm mangkuk dia (patut laa kalah).
    Dah labih 1 jam setengah kat situ, aku ngan Din pun balik klas lepas aku perasan budak2 klas aku dah xde. Aku ngintai klas ikut cermin dan nampak seorang cikgu tapi x nampak sangat. Aku pun dah kecut perut ni, tapi dah masuk klas baru la lega. Rupanye cikgu relief jer.

    Hmm kali ni panjang pulak post aku, dah laa aku nak tido. SelamatMlm.

    Tuesday 3 May 2011

    Konsert 18RAMD

    Ni nak citer yg baru2 ni dlm kem ade konsert.
    Bersempena ulang thn 18RAMD. Bkn main meriah ngan dikir,dangdut,jamming dan byk agi laa.
    Aku ade gak pegi jenguk, tapi sakit telinga. Kalau nak tahu, aku org type telinga sensitive sikit. Konsert ni berlansung lebih-kurang 1minggu gak. Dia start 8.00 mlm dan aku lansung xtahu bile abisnye.

    Ni pun aku duk tengah menaip mase pertunjukkan nyayian anak2 askar. Bukannya apa, cume konsert ni sikit mengganggu aku yg tgh focus exam ni.

    Thursday 28 April 2011

    Mid-Year-Exam

    Huish lebih-kurang 1minggu gak rasenyer x post. Bukannye apa, aku cume dihalang oleh bnyk factor2 seperti:
    •  HariJadi aku (hehe)
    • Byk keje skolah
    • Edit blog kasi cantik
    • revision utk exam ....dll
    fuhh semacam je post aku, cam dlm encyclopedia pun ada gak. OKlah, skrg aku cume nak announce yg aku  nak ready exam bln 5 x lame lagi nih. Tengah nak try dpt paling selesa 1/2 A. Ceh, hari tu haram aku dpt A. Xpe  kalau sungguh2 mesti dpt punye lah. OK, skrg aku nak revision SEJ. Bye...

    Thursday 21 April 2011

    HariJadi Aku

    Hari ni, 21 haribln 4 adalah hari jadi aku. Camne n'tah aku boleh lupe, sibuk sangat agaknye. Time dlm kelas tadi, aku tulis tarikh dlm buku. Pastu otak aku terus blur. Rupenye hari jadi aku. Hmm, bebudak dlm klas tu pun x ingat. Aku pun diam je la, nanti dikata over lak. Nasib baik ade kwn2 aku yg lain ingat hari jadi aku. Aku ni  kalau nak sambut hari jadi bukan mkn kek tapi coklat. Fuhhh...

    Wednesday 20 April 2011

    Dapat no.12

    Yeah, hari ni aku dah dapat no kedudukan klas aku bagi peperiksaan OTI1 bulan lepas.

    Dlm klas 202 tu, aku dapat no.12. Result aku cume 6b 2c. Alaa, memanglah dapat no. tinggi kalau yg paling tinggi dlm kelas aku pun cume dapat 1a jer. Lainlah kalau ramai yg dapat A, aku rase mesti aku dekat part belas2 atau puluh2.

    Skrg ni, aku akan try modified 6b tu kasi jadi 6a, barulah boleh masuk klas 301 thn depan. Cume tulah kan, kalau x usaha camne nak berjaya ek.Anyway, happy gak.

    Monday 18 April 2011

    Aku Dah Maju!!!

    Haa bukannya ape, skrg ni aku dah mahir e-mail la editing la and latest...BLOG . Selepas ade internet nih , aku yg blur IT pun pandai dlm 1minggu je. Cuma facebook je x reti2 lagi. Ok nilah post aku yg pertama. Amacam?