Thursday 30 June 2011

misteri album KRUnisme

Baru-baru ni aku beli album KRU...biasalah peminat KRU kannn. Tapi ni album lama...keluar thn 2005 dulu. Cuma nak ckap kat siapa-siapa yg beli album "KRUnisme" ni...
korang yg dengar album KRUnisme ada dengan sampai abis tak?
maksud aku sampai 'last second on da last track'..
sebab aku ada dengar ada dialog tersembunyi kat last track tu?
Tapi yg dia dengar tu dari kaset..kalau dlm cd tak tau la ada ke tak..

ni aku quote sikit :
"aku dengar sampai habis. Album ni, sebelum lagu first tu, ada diorang buat macam welcoming track gitu, title lagu dia 'selamat datang' dan bila dah habis 10 lagu, ada penutup pulak, tajuk dia 'jumpa lagi' dan lepas tu..habis. Tapi aku beli cassete, macam ada banyak lebih lagi la. Aku nak dengar kali kedua, aku fast forward supaya tak lah membazir masa aku kan nak tunggu kaset tu berputar sampai habis.

Kemudian hari ni, aku dengar balik kaset ni sambil buat kerja. Kali ni, aku pasang kat radio, bukan walkman. Bila habis, dah sampai ke track 'Jumpa lagi' dan habis aku biarkan aje, khusyuk buat kerja. Tak semena-mena, tiba-tiba.. ada suara lagi. Terkejut aku. Macam suara sesat ataupun, mengikut versi cerita seram korea, ~"kaset berhantu"~.
suara tu bunyi macam ni, suara beberapa orang bercakap-cakap. Dialog dia:

-helo..hello..
-eh, album ni patutnya dah habis kan?
-ha ah. dah habis lah
-tapi dia ni tunggu apa lagi? takkan nak lagu lagi kot..
-ha ah. Tapi kesian kat dia tunggu lama nih.lagu pun lagu lah. nak lagu apa ni?
-kita nyanyi lagu ni lah!

 ~rasenyer ni suara EDRY ngan NORMAN. So diorang pun nyanyi satu lagi lagu yang tak bernama. Hishh. Ni seprais ke apa ni? Biasa
nyer kan, kalau lagu dah abis mesti ulang balik first track....tapi aku tak prasan sbb buat kerje masa tu. Lepas habis lagu 'Jumpa Lagi' tu...aku biar 40 saat,.. tapi klau korang tak sabar mesti tekan "forward"..tak pun tutup!!. Aku jumpe "hidden track" ni pun sbb aku tak prasan (kira nasib la ni)
HHAAA...macam mane boleh ada dlm track ni?!!...hishh,.. Macam-macam la abg-abg KRU ni.
http://2.bp.blogspot.com/-TuB8Op_f4GM/Tc3CtU9BdSI/AAAAAAAACHk/vefut4UekbM/s320/Kru%2B-%2BKrunisme.jpghaa...ni cover album KRUnisme
            

Monday 27 June 2011

Hidup-hidup Ditipu

korang kena baca lirik ni...."sebuah kisah seorang teranaiya"

Masih tak dapat ku lupa pada malam durjana
Di tepi bahu jalan ku tunggu temanku
Jam pukul satu suku, metropolitan di malam minggu
Sudah menjadi kebiasaan hidupku
Si Masroni tiba tepat setengah jam terlewat
Dalam tergesa gesa berpeluh di muka
Ku kata oh mengapa lu macam gabra
Katanya ada masalah besar, ibuku di dalam trauma
".....Itu tipu nombor satu......"
Jadi mengapa kesini, pergilah bersama ibumu, Roni
Kita berjumpa lagi lain hari
Namun dia menjawab dia ada bungkusan yang harus di berikan...
ke teman di block 208
Mungkin kerana kasihan aku dengan sukarela kata ku sanggup... menghantarnya
Bersendirian bergegas ke situ
Belum sempat untuk ku mematikan lampuku
Tiba tiba diserbu.....
Hidup hidup ditipu

Tolong ampunkan saya tak tahu apa apa
Sekadar sampaikan bungkusan di dalam perjalanan mencari block 208
Kamu ditahan di bawah kanun keseksaan,mengedar dadah berbahaya
Jangan bergerak, angkat tangan
Tapi saya tak berdosa, mana tahu isi kandungannya
Sekadar sampaikan bungkusan teman yang minta saya kesini kini tersadai
Tangan ku digari dan di bawa ke balai.....
Hidup hidup ditipu

Di mahkamah ku berseorangan
Mendengar tuduhan yang arif bacakan
Tiada saksi yang dapat membantu
Hidup tersia... Hidup hidup ditipu
Mungkin ku akan mati semata-mata kebodohanku
Kedua orang tuaku sedih malu
Tak mungkin lagi ku rasakan sinar
Hatiku terbakar memberontak hilang sabar
 (korus)~
Sampai bilakah bila hidup perlu sengsara
Hanya dalam sekelip mata ku hilang segala-galanya
sampai bilakah bila azab terus terasa
Aku terkurung dalam penjara semata mata kerananya
Aku ditipu oleh kawanku...!!!!

Lagu: Hidup-hidup Ditipu
Penyanyi: KRU     .......jadi renung-renungkan, jgn biar hidupmu merana

Sunday 26 June 2011

Internet Timed Out

Hey stalkerz (ayat kiera)...internet aku ni dah timed out. Aku pown tak reti mana bab-bab internet ni!!!

Yang aku tahu masa chat kat facebook dier jadi lain....boleh dikatakan modem aku ni tak laju laa sekarang ni. Ni cuma nak bagitau kalau aku lama tak update apa-apa bukannya aku malaz yer?!! Aku cuma tersangkut dgn ke"slow"an internet nih!!!

Ok lah... tengok kalau-kalau boleh update lagi...Assalamualaikum,bye

Friday 17 June 2011

Cerita Sekolah - "Kekurangan Pelajar"

Assalamualaikum.... Hari ni nak kongsi kat korang pasal kelas aku yakni 2-Ghazali (202). Seperti tajuk entry aku kat atas ni, pelajar kelas aku hari ni cuma 5 orang jer!!! Ni kes ramai yang "melancong", yela kan sebab ada yang pergi lawatan sampai KL, ada program seni kat Resort la..., apa lagi?! oh... ahli band skolah pergi Cendaring (rasanyer laa)....pastu dua tiga orang tak datang. Best hari ni tak belajar.....tak aku tak suka sebenarnyer

Hari ni aku sebenarnyer kesian betul dekat si Amira ni....maklumlah, dalam 5 orang yang hadir tu............. dia sorang jer PEREMPUAN!!! Ain pulak cakap nak datang sekolah tapi tak datang pown.

Ok, cerita start masa pagi-pagi tu....aku tengok peserta program yang nak pergi resort ni dengan muka selambe dan excited nyer tak nak pergi makmal sains walhal diorang bertolak pukul 8.30. Cg Zuraina pulak bukan main marah lagi tau.

Pastu masa BI, budak laki (termasuk aku) nampak cikgu jer terus lari pergi tandas....mase tengah lari tu, dalam hati aku cakap.....~ *malas laa....baik masuk klas* aku pown masuk lah....malas nak layan 3 mangkuk tu (aku ni kan baik...hehe) Lepas 10 minit, barulah Kamal,Syamil,Adiq masuk klas.... Pastu cikgu BI suruh kitorang bersih-bersih klas. Tak sampai tiga minit, tiga budak laki ni dah "terbaring"....aku dengan Amira jer steady lagi. Cikgu pulak cakap dekat tiga yang dah terbaring tu macam ni.....*tengok Wan, bagus dia...boleh buat menantu*  cewahh...bangga aku!!!

Ok sebelum balik pulak, Cg Azlina suruh masuk pustaka......tapi aku ngan Amira jer masuk. Tiga mangkuk tu pulak duk memekik dekat klas 203....tak percaya tanye budak klas 203 tu. Sampai last-last Cg tulis "ponteng" hahaha....nakal diorang hari ni (tu perangai biasaaa)

Hari ni tak belajar apew2 pown....nak kata best tak....tak suka pown tak!!! Gitu-gitu jelah.
Hmmm...moga mereka yang ikut program tu mendapat manfaat berguna. Tak nak mengorat pulak!!!
Oklah...cerita hari ni dah habis....Bye, Assalamualaikum (jawablaahhh)

Wednesday 15 June 2011

Soalan Prikse yg payah

Arrgh...hishh...ah aku tak puas hati dengan soalan peperiksaan B.Inggeris aku baru-baru ni!!

Nak tau...macam ni lah...
Soalannya tanya pasal article, ok tu dah satu. Tapi kalau article biasanya berkaitan dengan perkara2 penting je kan?? TAPI...ni aku kene buat article pasal sebuah cerita (x paham?!). Ok aku kasi detail sikit....soalan cakap "Write an article about your friends and you in last holiday" haa...korang tak rasa ke yang soalan dia ni lebih kurang macam nak suruh buat "Karangan" bukannya "Article"

Dan,..pada pengalaman aku laa, aku rasa article ni kena guna present tense. So aku pown guna format present tense dalam article tu. TAPI,..!! selepas aku dapat kertas periksa tu semalam, baru aku tau yang soalan ni nak format past tense sebab dalam soalan ada kata "last holiday" . Pergh...memang kena lah aku!!! tapi cikgu BI aku cakap buat format present tense?!

Hey pembuat soalan!!! lain kali kalau nak suruh pelajar buat karangan, tak payah la cakap "article"!!! Tanye macam biase jer!!! Dah naik confuse aku dikerjekan. Sampai markah jadi 16/30 ,...tu nak kata berape banyak markah aku hilang kat Section A ,. Kalau section lain dengan paper 1 aku ok jer!!! Soalan ni jelah yang menyebabkan aku hanya memperolah-->>
                                                                           68%   
Haa..korang tengok tu!! Aku yang biasa2 dapat "A" boleh markah seteruk ni pulak.

Hmm....tapi kalau aku fikir-fikirkan balik, pengalaman ni mungkin sedikit mengajar aku. Ajar apa?...hehe sebab mungkin kalau aku tak pernah jumpa soalan ni....aku rasa sampai sudah aku tak tau yang article pown ada past tense (kalau ikut format tertentu laa)

Hahahahaha.....(knape aq ktawe?!)
Ok lah......Bye.......Assalamualaikum

Sunday 12 June 2011

Red Warrior Kalah

Taakkkkk!!! macam mana pulak boleh kalah team Kelantan ni?!
Ok, kalau korang tak tengok perlawanan Piala FA semalam, meh aku cerita sikit.

Rasanya hampir 70 minit lah kedua-dua gergasi  pantai timur ni beradu tenaga sehingga akhirnya kapten Kelantan iaitu Piya berjaya menggegar gawang gol Terengganu (cehh..macam Hasbullah Awang lak)

Tu dah satu...TAPI...tapi...Tapi kan.... aduyai, si Daud Su ni tertanduk bola dalam gawang sendiri pulak!! Aku baru nak syok Kelantan menang 1-0.... tapi masa kat last-last minit tu boleh pulak gol ye.....gol sendiri pulak tu!!

Masa diorang berlawan dalam masa tambahan tu, Terengganu dapat buat tendangan sudut. Sape entah yang ambil sepakkan, tapi cantik dia tendang doh!! Pastu seorang pemain yang dapat bola tu pulak sepak rendah!... kesian Khairul Fahmi tak berjaya tangkap bola sebab ramai sangat depan dia.

Akhirnya....The Red Warrior tewas 2-1 kepada Terengganu
Tak mengapa lah, Liga Super dengan Liga Malaysia ada lagi

Hmm...alaa duk Kelantan syok, hari ni cuti tapi kat Terengganu ni tak boleh cuti! Haish... aku tengah bengang ni... Ok lah aku tak sempat nak citer detail lagi so.... Bye

Saturday 11 June 2011

Dah sekolah pown...

Alaa... esok dah kena pergi sekolah. Pejam celik pejam celik...dah habis 2 minggu. Erm..aku rasa dalam fikiran korang tu mesti fikir yang aku malas nak pergi sekolah kan?! Hehe, taklah..aku sebenarnya suka!!

Bukannya apa, ni sebab aku dah naik bosan asyik terperaaaappp je dalam rumah ni. Dahlah 2minggu aku tak pergi mana2. Dari celik mata sampai tutup mata (bahaya ayat).. hehe aku duk menatap je komputer ni..sampai pening kepala mak aku. Kalau kat sekolah, oklah sikit.

Hmm...esok dalam kelas aku rasa ada laa budak nama Syazwan yang kena bedal sebab tak siap kerja!!
Syazwan: Alaa cikgu...kerja tertinggal bawah meja.
Cikgu X: No...no excuses !!!

Ish ish...kesian aku. Hahaha... siapa lah "Cikgu X" tu yer?!
Ok lah, aku nak susun jadual dulu... jumpe esok ye?! (budak t'ganu je)

Monday 6 June 2011

Kelantan-vs-Terengganu

Arghh....aku tak kira, musim ni aku nak Kelantan menang jugak. Lagi pown ni kan first-time Kelantan masuk final Piala FA 2011.

Pergh...tahun ni kita akan lihat persaingan untuk perlawanan akhir diantara dua pasukan Pantai Timur. Mana satu korang rase akan menang?....Kelantan jering budu....ke....Terengganu keropok lekor.
Hehe...tadi aku dengar kat THR cakap perlawanan "Gelora Pantai Timur" ni mungkin akan dikuasai Kelantan..(apsal pulak?)-->>

Ini adalah kerana dua bekas penjaring gol terbaik dari Terengganu kini sudah pun berkhidmat untuk Kelantan yakni (cantik ayat)....iaitu: Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi.

Hahaha...aku, biasalah....penyokong  backup The Red Warrior...mesti sokong Kelantan...Jangan lupa tarikh 11 jun 2011..!!!
Akhir kata.....GOMO KLATE GOMO !!!
http://2.bp.blogspot.com/-SMeCZk75hvI/TeyQnbPTZmI/AAAAAAAAAks/N0OPDzgfyKE/s1600/228179_212746915412592_179943232026294_722789_5250895_n.jpg

Sunday 5 June 2011

Pontianak the Movie : Biar Betul

 Filem start dalam.....1......2.......3  -->>

Tadi aku, buat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Berbekalkan kameraku, tanpa ragu-ragu aku mengembara dari Damansara Utama ke Bukit Bintang untuk membongkar misteri ini. Selepas berjam-jam mencari, akhirnya, cuba teka apa aku jumpa? Dua Pontianak berpakaian serba putih berjalan membawa penanda bertulis “Biar Betul” disiang hari!
Tengoklah renungan maut yang dilemparkan oleh Pontianak kepada semua pengunjung Sungai Wang. Kesemua pengunjung merasa takut kepadanya!
Tak percaya dengan kuasa renungan mautnya? Lihat lelaki muda ini yang melarikan diri apabila dia merenungnya.
Ibu dan anak perempuan menjerit ketakutan apabila Pontianak merenung mereka!
Pontianak sedang mencuba merasuk lebih ramai pemerhati.
Mestilah dia bukan Pontianak yang betul. Tetapi, ia menarik perhatian ramai pengunjung di KL. Ya lah, siapa yang tak merasa ingin tahu bila melihat perempuan pelik yang berjalan ke merata tempat membawa papan tanda “Biar Betul”.
Malahan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Pontianak! Peluang keemasan lah katakan!
Selepas menghabiskan sejam mengambil gambar, rakan aku tak dapat menahan perasaan ingin tahunya lagi. Seperti pemerhati yang lain, aku juga ingin tahu tentang mesej “Biar Betul” tersebut. Jadi, aku berkeputusan untuk bertanya kepada Pontianak beberapa soalan.
Syazwan: Biar Betul ni pasal apa?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak ingat orang takut ke dengan Pontianak?
Pontianak: Biar Betul.
Syazwan: Jadi, awak ni Pontianak betul ke?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak tau tak saya lelaki paling handsome dalam dunia ni?
Pontianak: Biar Betul
"Senang betul nak menyakat Pontianak ni bila jawapannya semua Biar Betul"

--erm...kisah merepek ni hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati-- Harap Maklum...hehe          Director/Script:-"Syazwan Idham"

Saturday 4 June 2011

Tak boleh blahh...!!!

Hahaha...aduih sakit perut, sakit otak, sakit jantung pun ada gak tengok lagu Saiful Apek medley/gabung 12 lagu paling popular tahun 2005.

Suke sangat intro dia....tapi time kat tengah2 video tak best sangat....           TAPI, kat hujung video ni tak boleh blah.... hahaha


ShortForm

Ok..baiklah...mulai sekarang, aku nak announce bahwa aku tidak akan menggunakan ayat sH0rtf0rm untuk menulis blog lagi.

Kenapa...??! hehehe..ceritanya semalam aku adalah blogwalking blog member2 p0rt bl0gger tu.
Dari blogger level master sampai level junior, ramai yang tak menggunakan bahasa SMS sangat.

Lagi satu ialah aku tak nak kalau time periksa nanti aku tershortform apa2 ayat  ....ish ish memang rugi lah kalau macam tu!!

Ok lah, dari kesimpulan aku, lebih baik guna bahasa ibunda kita dengan cara yang terpelajar..
Lagi satu, bagi blogger2 yang baru suam-suam sejuk dalam blogging ni, aku ada diberitahu bahawa cara terbaik untuk menambah follower ialah dengan menyediakan post2 menarik disertakan penggunaan ayat yang lancar  dimana yang tidak mengganggu proses pembacaan


Pergh...!! ayat macam ahli falsafah sehhh...!!! :P -Z'wan

Mana diorang nih??

Ai...mane kwn2 aq nih?
Kalo aq buke FB...sorang dua je online. Kalo aq keluar rumah...lengang jer kuarters kem ni...............
 
Hahaha...mmg la, mcm x tau musim cuti skrng ni. hmm dahlah aq xleh nk keluar kem, lainlah korang duk kat luar.

Erm..xpe lah, aq tau rmai balik kmpong, tapi cuti ni aq x blk kmpong laa (bunyi cam sdih tapi aq suke sebenanarnya) - ai suke lak

Dan aq tau yg x online tu tgh study (yg x study jgn perasan!!)    
Oklah...aq nk blogwalking dulu, bye

Friday 3 June 2011

Malam Romantic

Ku hampiri katil mu...
Ku tatap wajah mu...
Ku kucup kedua-dua belah pipi mu...
Ku bisikkan ke telinga mu...

INNALILLAHIWA'INA'ILAHIROJI'UN

1O lagu KRU paling meleTOP

Hari nie bosan x de kerje...jdi aq ade terfikir nk kongsikan 10 lagu KRU yg pling aq minat ............. kalo sesape yg mmg btul2 kenal aq, hehe...aq mmg peminat fanatik KRU.!!
Ok, kat bwh ni lah senarai lgu2 nye:-
  1. Awas
  2. Mengerti
  3. Canggih
  4. Diari Metropolitan (eh name blog aq lah)
  5. Ooh La La
  6. Aneh
  7. Salah Siapa
  8. Jangan Lafazkan
  9. Ikhtiar
  10. Dua 
hehehe..rase nye korang x prnh dgr lagu2 nie sbb ni semua dari zaman 90an lagi.                            Hmm...nnti korang tunggu. Akan ade sambungan psal KRU nie nnti...hehe

    eii...geram aku

    !!!!-eii si kiera nih aq geram giler arr ngan die, psal ape aq x nk citer la.

    Cume bgi sesape yg baru nk kenal ngan die, aq sarankan supaye:-
    -anda jangan menjirus minyak ke atas api yg tgh marak-  nnti terbakor si mangsa tu...
    Korang paham2 jelah.............hehehe x baek marah2 kwn nnti cpt tua !!!

    Thursday 2 June 2011

    Thanx Kiera :)

    Sape "Kiera" nih?? Hahaha..kwn lame aku kat JB dulu ar.
    Bkn main lame dah aku add die baru hari ni die ingat aku blek, ish3 xpe lah aku x trase pown. Die cume cam muke aku kat gmbr aku yg x cantek.........hmm rasenye laen kali kene upload gmbr yg poyo2 baru org cam ek, huahuahua (ktawe jahat)

    Dah borak2 skit, kiera adelah nk bgi aku group utk support blog aku. Hahaha, problem start kat sinilah bile aku ingat kan "group" nih die manage kat blog rupenye kat fb (aku rase korang x paham ape bende nih) hahahaha msti arr sbb aku sndiri pown x paham aku taip ape nie. Ish3, tadi otak kitorang bkn main...blurr lgi lah duk urus kan kes yg x selesai2 lgi ni (skali mcm polis daa)

    Ok...ok, kalo korang tengok title post aku kali ni aku tulis "thanx". Hahaha..nie bkn ape, cume cik Kiera kite ni dah jdi follower pertama aku....YES yes YES!!! hehehe .....skali lgi, Thanx Kiera :)

    Wednesday 1 June 2011

    blablabla....

    hmm......lalalala....
                              hahaha.....
                                           ..blablabla...
                    Ish....aku tgh giler x tau nak taip ape??
    argh....! bosan nyer.... Hari ni xde bende MEnARik   ->>           o
                                                                                                k
                                                                                                      lah
                                                                                         bye.....
    ................#@$%^&!)$#*%$@^&(???><.................... :P
    hahaha...bangang nyer  !!!          
                                                                               !!!(copied)???