Sunday, 5 June 2011

Pontianak the Movie : Biar Betul

 Filem start dalam.....1......2.......3  -->>

Tadi aku, buat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Berbekalkan kameraku, tanpa ragu-ragu aku mengembara dari Damansara Utama ke Bukit Bintang untuk membongkar misteri ini. Selepas berjam-jam mencari, akhirnya, cuba teka apa aku jumpa? Dua Pontianak berpakaian serba putih berjalan membawa penanda bertulis “Biar Betul” disiang hari!
Tengoklah renungan maut yang dilemparkan oleh Pontianak kepada semua pengunjung Sungai Wang. Kesemua pengunjung merasa takut kepadanya!
Tak percaya dengan kuasa renungan mautnya? Lihat lelaki muda ini yang melarikan diri apabila dia merenungnya.
Ibu dan anak perempuan menjerit ketakutan apabila Pontianak merenung mereka!
Pontianak sedang mencuba merasuk lebih ramai pemerhati.
Mestilah dia bukan Pontianak yang betul. Tetapi, ia menarik perhatian ramai pengunjung di KL. Ya lah, siapa yang tak merasa ingin tahu bila melihat perempuan pelik yang berjalan ke merata tempat membawa papan tanda “Biar Betul”.
Malahan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Pontianak! Peluang keemasan lah katakan!
Selepas menghabiskan sejam mengambil gambar, rakan aku tak dapat menahan perasaan ingin tahunya lagi. Seperti pemerhati yang lain, aku juga ingin tahu tentang mesej “Biar Betul” tersebut. Jadi, aku berkeputusan untuk bertanya kepada Pontianak beberapa soalan.
Syazwan: Biar Betul ni pasal apa?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak ingat orang takut ke dengan Pontianak?
Pontianak: Biar Betul.
Syazwan: Jadi, awak ni Pontianak betul ke?
Pontianak: Biar Betul
Syazwan: Awak tau tak saya lelaki paling handsome dalam dunia ni?
Pontianak: Biar Betul
"Senang betul nak menyakat Pontianak ni bila jawapannya semua Biar Betul"

--erm...kisah merepek ni hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati-- Harap Maklum...hehe          Director/Script:-"Syazwan Idham"

No comments:

Post a Comment