Taakkkkk!!! macam mana pulak boleh kalah team Kelantan ni?!
Ok, kalau korang tak tengok perlawanan Piala FA semalam, meh aku cerita sikit.
Rasanya hampir 70 minit lah kedua-dua gergasi pantai timur ni beradu tenaga sehingga akhirnya kapten Kelantan iaitu Piya berjaya menggegar gawang gol Terengganu (cehh..macam Hasbullah Awang lak)
Tu dah satu...TAPI...tapi...Tapi kan.... aduyai, si Daud Su ni tertanduk bola dalam gawang sendiri pulak!! Aku baru nak syok Kelantan menang 1-0.... tapi masa kat last-last minit tu boleh pulak gol ye.....gol sendiri pulak tu!!
Masa diorang berlawan dalam masa tambahan tu, Terengganu dapat buat tendangan sudut. Sape entah yang ambil sepakkan, tapi cantik dia tendang doh!! Pastu seorang pemain yang dapat bola tu pulak sepak rendah!... kesian Khairul Fahmi tak berjaya tangkap bola sebab ramai sangat depan dia.
Akhirnya....The Red Warrior tewas 2-1 kepada Terengganu
Tak mengapa lah, Liga Super dengan Liga Malaysia ada lagi
Hmm...alaa duk Kelantan syok, hari ni cuti tapi kat Terengganu ni tak boleh cuti! Haish... aku tengah bengang ni... Ok lah aku tak sempat nak citer detail lagi so.... Bye
No comments:
Post a Comment